Friday, August 22, 2008 Utama   |  Login
Minimize
 

Rancangan ini dibawa khas oleh Lembaga Koko Malaysia

Minimize
 

 

Minimize
Search

Minimize
Konsep Program



Untitled-2.jpgTiada lagi chef yang membebel dan membosankan para ibu. Tiada lagi grafik hambar yang menyenaraikan ramuan yang tidak dapat di baca. Tiada lagi gambaran yang membosankan. Tiada lagi resipi lemau yang sememangnya mustahil untuk penonton hasilkan di rumah. INSPIRASI KOKO adalah program 24 minit, memaparkan gerakan kamera yang menarik dalam menghasilkan mood dan persekitaran yang aman damai disertakan petua dan resipi penuh ilham. Lokasi pengambaran dijalankan di dalam dapur yang serba lengkap serta kawasan kampung yang mendamaikan bagi mencerminkan bahawa INSPIRASI KOKO adalah untuk semua.

Minimize
Rasional Program

Untitled-11 copy.jpg

Televisyen menjadi semakin manis dengan resipi koko yang pasti membuat penonton teruja. Jelajahilah dunia coklat bersama INSPIRASI KOKO yang memukau dan menyelerakan. Kembara bersama INSPIRASI KOKO untuk menjejak ciptaan masakan coklat yang terunggul. INSPIRASI KOKO mengajar para penonton akan petua dan teknik dalam menyediakan daripada pemanis mulut ke masakan tradisi termasuk masakan eropah dan tidak ketinggalan juga masakan Malaysia yang divariasikan dengan kehadiran coklat serta ukiran seni yang boleh dimakan, semuanya berteraskan coklat.

Minimize
Objectif Program

Untitled-8 copy.jpg




Memperkenalkan semula koko sebagai bahan yang sangat bagus untuk penyediaan makanan lazat dan memberi inspirasi hingga kepada tukang masak baru di samping memungkinkan satu generasi baru para bakal chef.

Minimize
Pengenalan Program

Untitled-3.jpgSlot program masakan 30 minit ini tidak seperti rancangan masakan lain yang telah ditayangkan di televisyen Malaysia. Berkonsepkan rancangan masakan yang moden, INPIRASI KOKO adalah rancangan majalah televisyen yang memaparkan cara hidup, petua dan resipi yang mudah di masak. Antara rancangan masakan terkenal antarabangsa yang mempunyai konsep yang sama termasuklah rancangan Jamie Oliver’s “The Naked Chef” Kylie Kwong’s “Heart & Soul” dan Nigella Lawson’s “Nigella Bites” pendekata INSPIRASI KOKO adalah segar, inovatif, versatile dan lazat!

 

Kini para penonton dan peminat masakan tidak perlu bersedia dengan pen dan buku nota, terpaku di depan televisyen untuk menyalin resepi dan cara-cara memasak. Para penonton INSPIRASI KOKO akan dimudahkan dengan perkhidmatan interaktif mudah SMS DAPAT. Kini para penonton hanya perlu menaip kod yang ditayangkan di kaca TV dan hantar SMS anda ke DAPAT dan WAH! Maklum balas segera melalui telefon bimbit anda dan resipi beserta cara-cara memasak akan dihantar terus ke peti emel anda.
Untitled-5 copy.jpg

INSPIRASI KOKO juga akan mempunyai webnya yang sendiri iaitu inspirasikoko.dapat.com merapatkan interaksi sesama penonton. Menyediakan satu platform untuk penonton berinteraksi sesama sendiri, bersama hos program dan juga penerbit rancangan, mengulas serta berkongsi resepi & pengalaman.