PROGRAM DEMONSTRASI MASAKAN KOKO MELALUI TELEVISYEN –
INSPIRASI KOKO
TV2, SETIAP AHAD (BERMULA 14HB MEI 2006, 10:00 PAGI
1. PENGENALAN
Penggunaan koko di kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah berbanding dengan penduduk di Eropah. Purata penggunaan per kapita koko di kalangan penduduk Malaysia adalah dianggarkan sebanyak 680g pada tahun 2003/04 berbanding dengan 1-6 kg setahun di kalangan penduduk di Eropah.
Faktor-faktor yang menjadi penyumbang kepada keadaan ini, diantaranya adalah tabiat pemakanan koko yang sangat rendah berbanding dengan makanan-makanan lain. Ini adalah disebabkan bahan-bahan makanan berasaskan koko seperti coklat masih baru dan dikategorikan sebagai makanan `junk’ di kalangan penduduk Malaysia berbanding dengan penduduk di Eropah.
Kadar penggunaan yang masih rendah ini sebahagian besarnya juga dipengaruhi oleh salah tanggapan dan imej-imej negatif yang dikaitkan dengan produk-produk koko terutamanya coklat seperti kegemukan, sakit gigi, kolesterol dan sebagainya.
Selain daripada itu, coklat juga dianggap sebagai makanan mewah. Pengambilannya hanya terhad kepada musim-musim dan golongan-golongan tertentu sahaja.
Namun demikian, kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa koko mempunyai kesan-kesan yang baik terhadap kesihatan. Antaranya termasuklah mengurangkan penyakit kardiovaskular dan memperlahankan proses penuaan. Ini adalah kerana koko mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi berbanding dengan wain (wine) atau teh hijau (green tea). Di samping itu, koko juga memberi kesan ‘calming effect’.
Oleh itu, sebagai strategi pemasaran jangka panjang yang efektif dan efesien, usaha untuk mempromosikan produk-produk koko sebagai bahan makanan yang penuh khasiat semulajadi perlu dijalankan secara berterusan sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan lagi penggunaan koko di kalangan penduduk Malaysia.
Sehubungan itu program demonstrasi masakan koko televisyen ini yang dikenali sebagai INSPIRASI KOKO dilancarkan oleh Lembaga Koko Malaysia untuk memperluaskan lagi pengetahuan mengenai penggunaan koko.
2. OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program ini adalah untuk mendidik dan menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan koko kepada para penonton di televisyen khususnya suri rumah yang merupakan perancang utama dalam keluarga dari segi pemakanan sebagai usaha untuk meningkatkan dan menggalakan lagi penggunaan koko di pasaran tempatan.
Melalui program ini diharap para penonton terutamanya suri rumah akan menjadi pengguna yang lebih berpengetahuan mengenai kepelbagaian kegunaan koko dan khasiat serta kebaikan koko bagi mengikis salah tanggapan terhadap koko yang sedia wujud dan seterusnya dapat meningkatkan lagi penggunaan koko di kalangan penduduk Malaysia.
3. PROGRAM
Program demonstrasi masakan koko di televisyen ini merangkumi kandungan program, tayangan, hos program dan tetamu jemputan serta menu dan resipi.
3.1 Kandungan Program
· Demonstrasi masakan sebanyak 39 resipi masakan berasaskan koko untuk 13 episod
· Segemen Info Koko berkaitan dengan pengetahuan asas mengenai koko (termasuk sejarah koko dan pemprosesan koko).
· Segmen Info Koko mengenai khasiat dan kebaikan koko.
· Tip-tip masakan dan cara-cara menghias makanan.
· Kuiz.
3.2 Tayangan
· Saluran tayangan: TV 2
· Bahasa penghantar: Bahasa Malaysia
· Jangkamasa: 30 minit
· Episod: 13 episod
· Hari tayangan: Setiap hari Ahad bermula pada 14th Mei 2006
· Masa tayangan: 10:00 pagi.
3.3 Hos & Tetamu Jemputan
· Hos program: Chef Sabri Hassan
· Tetamu jemputan: Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Dr. Azhar Ismail, pakar permakanan, presiden persatuan jurumasak Malaysia (chef association), ahli sukan, doktor pakar dan sebagainya dijemput sebagai tetamu khas untuk merasa dan memberi komen terhadap resipi berasaskan koko di samping membincangkan isu-isu berkaitan dengan pemakanan berasaskan koko.
3.4 Menu dan resipi
Setiap episod menyajikan tema masakan yang berbeza dengan pelbagai resipi baru masakan berasaskan koko yang mudah dibuat termasuklah menu hidangan utama (main course), pembuka selera (appetizer) dan manisan (dessert).
|
EPISOD |
TEMA |
RESIPI |
|
1 |
Fussion, Mediterranean & Tempatan |
1. Salad Udang & Avocado Koko
2. Kerabu Manga Koko
3. Strawberi Coklat Salsa |
|
2 |
Kek & Biskut |
4. Kek Keju Coklat
5. Biskut Badam Coklat
6. Puding Roti Koko |
|
3 |
Masakan Barat
(Western Food) |
7. Daging Panggang Coklat
8. Sup Brokoli Koko
9. Roti Bawang Putih Berkoko |
|
4 |
BBQ |
10. Nasi Paella Koko
11. Ayam Madu Koko
12. Sos Ayam Koko |
|
5 |
Cina |
13. Sup Isi Ketam Sizchuan Koko
14. Ikan Goreng Sos Masam Manis Koko
15. Asparagus & Udang Belacan Koko |
|
6 |
Utara India
(North Indian)
|
16. Ayam Koko Kashmir
17. Kambing Kofta Coklat
18. Sos Kofta Coklat |
|
7 |
Nyonya |
19. Ikan Panggang Berkoko
20. Air Asam Berkoko
21. Bubur Durian Coklat |
|
8 |
Melayu |
22. Nasi Goreng Ulam Koko
23. Sotong Udang Masak Koko
24. Ikan Kukus Berkoko |
|
9 |
Berkelah & Makanan Snek (Picnic & Finger Food) |
25. Sandwic Ayam & Keju Berkoko
26. Popiah Ketam & Keju Berkoko
27. Sos Thai Pedas Berkoko |
|
10 |
Siam |
28. Daging Goreng Kurma Koko
29. Mee Goreng Koko Aman Rimba
30. Sup Ekor & Udang Coklat |
|
11 |
Melayu |
31. Kerabu Udang Betik Koko
32. Puyuh Percik Bersos Koko
33. Pengat Pisang Koko |
|
12 |
Kuih & Biskut |
34. Bubur Chacha Koko
35. Cempedak Goreng Koko
36. Ketayap Koko |
|
13 |
Sarapan Pagi |
37. Fettucine Koko
38. Telur Dadar Koko
39. Roti Bakar Koko |
4. FAEDAH PROGRAM
4.1 Program ini akan dapat meningkatkan lagi penggunaan koko tempatan dan secara tidak langsung akan dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan dalam negara.
4.2 Program ini juga akan dapat menyalurkan pengetahuan dan kefahaman mengenai kepelbagaian kegunaan koko dan khasiat serta kebaikan koko disamping mengikis salah tanggapan terhadap koko yang sedia wujud.
4.3 Program ini juga merupakan salah satu strategi jangka panjang untuk menggalakkan dan mempromosikan lagi pengunaan koko dalam masakan harian samada moden ataupun tradisional.
Bahagian Pembangunan Pasaran dan Tekno-Ekonomi
Lembaga Koko Malaysia
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
11hb Mei 2006